
Virus Influenza
3 jenis iaitu A,B dan C. Boleh menjangkiti manusia. Jenis virus A paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus Influenza A boleh menjalani mutasi ( perubahan genetik ) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang LEBIH BERBAHAYA. Ini akan mencetuskan epidemik dan pandemik influenza.
Virus influenza tersebar melalui :
- titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap/batuk/bersin
- terus masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan
Tanda-tanda :
-demam melebihi 38 C
-letih lesu yang sangat teruk
- hidung berair / berhingus yang sederhana hingga teruk
- batuk teruk yang tidak berkahak
- sakit tekak dari sederhana ke teruk
- bersin yang kerap
- sakit kepala yang sederhana hingga teruk
-penyebab virus influenza A,B atau C
RAWATAN ?
Malangnya, tiada rawatan yang khusus untuk influenza.
Jadi...........
- jaga kebersihan diri seperti cuci tangan dengan sabun dengan lebih kerap, buang tisu yang terpakai ke dalam tong sampah dan jangan lupa TUTUP TONG SAMPAH ya
- pakai penutup mulut dan hidung untuk mengelak jangkitan influenza
- ambil ubat demam seperti paracetamol jika demam dan sakit kepala
- minum air atau minuman suam jika sakit tekak atau batuk
- amalkan makan dan tidur yang seimbang serta cukup
- hindari stress kerana stress melemahkan sistem pertahanan badan
- hindari berada ditempat-tempat yang ramai pengunjung seperti shopping kompleks
- jika teruk, apa lagi....baik pergi HOSPITAL untuk rawatan lanjut
INGAT SEBELUM KENA.
MAJLIS TILAWAH AL QURAN SEKOLAH SEKOLAH (MTQSS)
-
Pelbagai kategori yang telah disertai MOZAC bersempena Majlis Tilawah
Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) peringkat kawasan Ayer Keroh.
Berikut adalah keputus...
7 years ago

0 comments:
Post a Comment